Friday 2 March 2012

ku susun sepuluh jari.

assalamualaikum semua manusia yang melawati blog ini.
aku nak mintak maaf dekat korang semua sebab dah lama aku biarkan blog ni berhabuk tanpa lap guna kain buruk dekat dapur.
minta maaf ya kalian semua.

well, aku sejak masuk unbersity ni bukan apa, busy kemain panjang.
kejap kena masuk kelas, kejap nak kena pergi lab, satgi kena pegi makan, yelah kang tak makan perut aku jugak yang bunyi pelik pelik kan.
*segan dengan sister yang duduk sebelah, siap pandang perut aku tuhh

lama aku tak cerita, bukan lah bermaksud tiada cerita. cuma hari ni aku macam moody sikit, biasa lah perempuan ni kan ada time-time dia moody.
so ini macam time aku untuk moody la.
lagi lagi dengan berlinang air mata sebabkan sesuatu yang tak pasti, yang menyakitkan hati dan sesuatu yang aku rasa tak worth it untuk di tangisi.
bodoh? mungkin. kesal? most probably.
scandal aku tu rasanya dah lupakan aku terus. lama lah jugak aku tak bersembang kemain dengan dia. dia pun tak call, aku pun dengan ego aku sendiri.
apa? dia tak ego? kahkahkah, lelaki lembut pun ada ego, inikan abang tough (sarcasm) kita tak ada ego.

aku ada sorang kawan yang aku kenal dekat university, dia cantik well aku lagi prefer chubby yang lain daripada yang lain. panjang kah gelaran itu? well ignore it then.
dia suka dengan seorang lelaki (duh), dan lelaki tu pun suka dia.
then what are you trying to say here? 
oh, haah kan. well both tak bertegur, both ego macam ego tu maruah dorang. ha, as you already know, ego is not maruah okay. so kalau sesiapa yang confuse rasa nak maki aku, please tanya Mr.Google.
sebabkan ego both tak nak bertegur. ini baru bodoh. bukan aku bermaksud untuk judge, tapi bila both side of the story kita dah tahu, and the main thing this happened because of egoism, then surely what you are fighting about is completely stupid and absurd.

kau nak ego sebab kau rasa maruah kau terjaga dengan cara macam tu? sebab kau rasa kau lagi better and superior daripada yang lain? sebab kau rasa dengan buat macam tu orang lain akan pandang tinggi dekat kau?

seriously, you are nothing but a fool.
to everybody else and to yourself too.
kalau kau nak tahu, ego tu salah satu perasaan yang dibesar-besarkan oleh syaitan.
ego pun dah negative, then what are you trying to prove here?
you are proud to be a negative muslim?
are you that superior?

apa apa pun, aku esok nak pergi kenduri kahwin sepupu aku. and aku dah lama tak tidur and aku baru je menangis yang tiada hala tuju hidup, dan aku penat sebab memikirkan tentang perkara yang tak boleh settle hari ni.
so basically aku frustrated, tired, sick, sad, angry, dan semua yang seangkatan dengannya.

Ya Allah, lindungi lah hati aku daripada sebarang kesedihan.

hugs and kisses.

Monday 13 February 2012

kalau suka cakap suka


kalau tak nak rasa kuali dekat muka baik kau cakap, kahkahkah.
ini cakap sayang, tapi bukan main sakan bermessaging "sayang, nanti masakkan untuk I sedap sedap" bagai. kalau setakat nak hilangkan rasa horny ke rasa sunyi apa, better kau blah pegi jaoh-jaoh. eiii panas betul la hati kalau orang buat macam ni. aku rasa nak maki sedas dua baru rasa puas hati kot.
kau pun mesti rasa macam tu kan, kalau scandal (bukan tahap scandal ok) kau bermanja mengada dengan orang lain, tapi dorang still nak dekat kau. still nak manja dengan kau.
kau faham kan apa yang aku rasa?
Ya Allah, tabahkan la hati kecik aku ni.

tolong lah, bila aku start nak berpaling mula la kau nak berbaik.
dah, lepas ni kalau suka dekat aku, mintak aku daripada parents aku.
aku malas nak layan manusia berperangai yang tak tahu apa yang dorang nak.
make up your mind before you do something, reti?

hormat perasaan aku sebagai manusia macam kau.

no hugs and kisses.

Monday 30 January 2012

bad mood, sila blah dari pandangan.

hari ni aku bad mood sikit (banyak actually) but still aku nak post something dekat sini supaya orang boleh tahu aku ni tengah bad mood.
siapakah gerangan yang membaca?
entah, but someday akan ada orang baca entry ni, macam yang kau tengah buat.

sebenarnya aku ni tengah panas hati dengan scandal (hmm, scandalkah? aku rasa dia lebih baik jadi sandal) sebab biasalah lelaki typical ni memang tak reti nak jaga hati oh perempuan. bagai dihiris dengan kertas tau, sakit tau. kau apa tau, berjenaka manja dengan perempuan lain. kahkahkah, terasa aneh bila cakap macam tu. apa apa je lah, macam lah aku tak ada benda nak buat daripada stalk kau.

esok aku akan ke Kuala Sepetang sebab mama aku suruh aku ke sana, untuk apa aku pun tak tahu. mungkin nak kena teman nenek saudaraku. dia lagi uzur, so aku kena lah pergi. kan sekarang ni tengah cuti lagi, boleh la aku berholiday walaupun di Port Weld.

aku tak boleh biarkan hal sandal aku flirt dengan perempuan lain, aku rasa kalau kau ditempat aku, kau pun rasa benda yang sama kan? tapi dah atas nama scandal, tak boleh nak buat apa apa lagi lah. lain lah kalau husband, boleh minta berjuta juta euro dan tinggal dekat luar negara. at the end of the day insyallah dapat payung emas. tapi aku ni jenis yang kedekut, tamak haloba bila tang nak share share kasih sayang.
aku perempuan biasa.

tak apa lah, aku tahu benda yang kau buat. tapi kau tak tau yang aku tau. itu yang membuatkan benda ni lebih menarik daripada drama Spanish or Filipino dan lebih hebat daripada sinetron. cakap sayang semua tak boleh pakai, kan baik kalau semua yang kau cakap itu benar.

menyendiri lagi, menyendiri lagi, (layan lagu Dadali, bikin hati parah)

hugs and kisses. :(

Sunday 29 January 2012

bitter or better; you decide.

hampir dua tahun Salbiah break dengan used-to-be-beloved boyfriend dia. selama time break ni punya lah terseksa, eh kejap, aku rasa before ni pun dia cerita benda benda yang sedih time still together dengan Aiman (bukan nama sebenar- nama sebenar tapi bukan nama penuh, kahkahkah) - lawak kah?
setahu aku lah kan, aku ni kan macam pegawai pembimbing rakan sebaya, so banyak lah al-kisah ceritera lovey lovey yang aku dengar, and aku try bagi nasihat yang power, tetapi setiap kali pun gagal.
apa apa je lah. Salbiah ni sopan santun, lemah lembut, senang kata sama la perangai kampung macam aku (cuma dia kurang bersosial) terjumpa dengan Aiman, sama sekolah menengah dulu. Aiman ni punya tackle Salbiah yang kurang senang dengan perangai lelaki yang macam dia ni. Sal ni jenis suka berkawan, tapi biasalah kan, perempuan tak boleh lari daripada lelaki macam Aiman, lagi-lagi lelaki yang jenis romantik and konon mendesak dengan cara yang "oh my, how suwiittt lelaki ni! macam dalam cerita Korea gitu, tak ke meleleh?)
Salbiah ni pun tewas dengan godaan syaiton, dia couple dengan Aiman. and of course lah, langit mana nak terang 24/7. dekat Alaska pun ada malam tau. Aiman ni jenis lelaki yang typical, once they got the mouse dorang akan cari mouse lain untuk dikejar sampai dapat. yes, it's the chase yang dorang suka, pffft biasa lah lelaki typical. Salbiah yang macam perempuan lain yang mempunyai lelaki impian and sangkakan Aiman is the one rupanya bukan. mula lah menyesal dengan kelakuan yang dia buat.
lagi terseksa bila Salbiah ter fall hard on Aiman, dia punya suka dekat lelaki ni sampai tak pandang lelaki lain.
hebat ke dungu? well, we aren't here to judge Salbiah, ok?
Salbiah break dengan Aiman, Aiman marah gila time break tu, tapi biasa lah, lelaki typical memang tak hargai perempuan, so dia let go Salbiah without even trying to be a better man.
Salbiah macam orang gila masa tu, menangis setiap hari, tengok cerita Korea pegang tisu sambil hingus meleleh, tengok pasangan elderly dekat taman meleleh lagi. bukan kelakar ok, sedih kalau tengok and feel dia.
tak sampai hati nak biarkan macam tu, so aku nasihat lah yang baik baik macam entry macam mana nak move on bila tak boleh move on. kau cari la kalau nak tengok ya.

aku mula sedar Salbiah banyak kurangkan masa dia dengan laman web bersosial. dia lebih banyak berfikir pasal keluarga, diri sendiri dan agama. dia ada cakap dengan aku, dia menyesal dengan semua benda yang dah berlaku, tapi benda dah jadi, so apa yang dia boleh buat skarang ni adalah bertaubat.
aku tersentuh dengar pengakuan dia.

kadang-kadang Allah beri kita ujian yang besar yang meninggalkan kesan yang dalam pada hidup kita sebab mungkin dengan cara itu saja yang dapat membuatkan kita lebih banyak memikirkan tentangNya. lebih banyak membuat amal jariah, bersedekah, bertaubat dan seumpama dengannya. Allah tidak pernah kejam kerana yang kejam itu datang daripada perbuatan sendiri.

hugs and kisses.

Saturday 28 January 2012

jangan menunjuk.

assalamualaikum all.
so hari ni aku terpanggil (my gad, siapakah memanggil?) untuk beri pendapat pasal orang yang suka melebih lebih dalam berkata kata. peribahasa tak silap aku, "cakap je lebih, habuk satu pun tarak'' (eh, kejap. betul ke itu peribahasa? bukan kot)

ok, apa apa je lah Peah.

aku ada kawan, hmm kejap aku rasa kawan lah kot. kawan ke scandal aku tak sure, aku malas nak fikir. baiklah baiklah, aku ada sorang kawan.yang surely lelaki. dia came from a decent family, baik jugak but you know lelaki berumur awal 20an ni macam susah sikit nak jadi baik dalam relationship. but still, dia ok lah. tinggi, putih, and ambil psychology dekat satu IPTA. dia baik dengan aku, mula mula ayat memang sedap je dengar. tapi dah aku tak interested, so dia pun sembur aku dengan kata kata yang bajet hebat.

"eh, you tau tak I ni rare, kalau you rasa you boleh cari I dekat mana-mana, then you are wrong. I punya la baik, bawak kereta berhemah, studies I bagus, I'm the best out of the best. girls semua suka dekat I tau, I'm a hot stuff dekat uni I, Facebook, Twitter. and you tu biasa je, very common. gaya kampung habis, I up to date. and you reject I? wtf." 

dan dia berlalu pergi. bila dulu sebelum aku unfollow Twitter dia, semua tweet dia sungguh berlagak. 

"@peah, please stay away lah, you are not worth my time."
"date tadi went ok lah, girls please save your boring stories"
"@ramlee, syura memang hot habis. tengok ah esok macam mana, hahaha"
"aku bukan bajet hot, aku memang hot kau je yang bangang @alifsux!"

kalau kau ada kawan macam ni (I bet you do have one), mesti bila dia start cakap je kau rasa nak je sumbat surat khabar dalam mulut dia kan. kau try untuk stay away but biasalah, benda macam ni memang berlaku. kita semua ada kawan yang teringin untuk avoid but we can't. bercakap melebih lebih, tunjuk riak, rasa bangga memang la, tapi lagi buat orang lain yang dengar tu irritated faham. mungkin ada je girls yang cair dengan lelaki yang suka cakap besar and so does men. setahu aku ada je.  cuba kau humble sikit. 
and what? jadi ustaz? tolong la, aku bukan hipokrit.
hello, kau ni datang dari planet mana? being humble isn't about being ustaz. perlu ke kau nak bagitahu semua orang bertapa hebatnya kau bila semua benda yang kau possessed adalah milik Allah? kau bangga hari ni, esok Allah tarik balik, lusa macam mana kau nak tunjuk muka?
jangan cakap besar, benda ni membawa kepada riak. dan Allah tak suka dengan orang riak.
kau pun tak suka dengan orang riak kan?
kalau kau cantik, and nak semua orang tengok bertapa cantiknya kau ni, kau posing comel comel dalam gambar and jadikan DP dalam semua account. ada yang sanggup pakai less clothing yang menampakkan lengkok badan untuk pancing compliments. bila orang puji "awak ni cantik la" kau reply dengan "eh tak lah, time ni muka tengah banyak jerawat, biasa biasa je" instead of thanking them. walhal kau sendiri tahu orang akan puji.

aku tahu, kadang kadang aku pun terbuat jugak. nak orang tengok kita hebat. nak orang put their attention on us. nak dorang tahu yang kita ni cantik dan bijak pandai. kita nak pengiktirafan from the society. but kau rasa is it worth it? ini kira menjual diri kepada orang ramai. bermegah, cakap besar.
kau rasa ada orang nak appreciate? tell you something, nobody will appreciate your good deeds more than Allah.


again, aku diganggu mesej yang disturbing.
hugs and kisses.

Friday 27 January 2012

kenapa aku emotional.

first sekali aku adalah perempuan, and yes the fact that perempuan terlebih emotional compared to guys memang betul.
it's real, it's a fact. as you already know, perempuan dengan lelaki adalah berbeza. the way they think, the way they handle problems are different. so kenapa aku emotional. kejap, before that aku nak habaq mai yang aku ni perempuan yang sensitive. entah, jangan tanya kenapa. aku pun tak sure, rasa sebab aku terlalu mengikut rentak sendiri yang suka set standard yang tinggi, yang lebih menghormati, yang lebih formal. i'm that kind of girl. kampung kampung pun aku prefer being formal rather than being loud. nothing wrong with being loud, just that aku rasa being formal lebih sopan.

1. because I do deserve to be treated like you wanted to be treated like.
kau harapkan kau di layan seperti raja dan permaisuri. tapi kau layan aku macam sampah (walaupun aku tak pernah nak sakitkan hati kau). so aku tend untuk jadi emotional bila orang yang aku layan elok elok layan aku macam celaka. being diplomatic wouldn't hurt your little ego, I supposed.
so layan orang lain macam mana kau nak dilayan.

2. hear what I'm saying, but never listen.
macam cerita kawan aku, Gayah, dia ni ok la semua aspek dalam hidup, couple dengan sorang guy ni, first first macam biasa la, lelaki nak masuk jarum mesti kena tanam tebu di keliling bibir. pendengar setia celoteh Gayah, suka benar dia dengan Gayah masa tu. then lepas tiga bulan couple, guy ni berubah jadi perangai sebenar, Gayah nasihat punya nasihat demi kebaikan guy tu. lelaki tu mengangguk je lah, nak apply haram tak pernah.
cuba kau dengar, bukan pretend untuk dengar. aku tau celoteh girlfriend kadang kadang annoying, tapi dalam membebel tu pun untuk kebaikan kau jugak, kau jugak yang senang nanti. kesian Gayah, sedih dia. aku jugak kena teman dia lap air mata.

3. you judging me right away without knowing me.
ni satu hal, semua orang tolong la jangan buat macam ni. aku rasa yang hati batu tu kalau orang luar kutuk mungkin dia tak rasa apa, tapi tang yang sensitive ni kau tak tahu sedalam mana ayat kau makan hati dia. sah-sah dah berdosa sebab kecilkan hati orang. kalau dia tak pernah tegur kau dalam kelas, perlu ke kau cakap dia sombong? mana tahu dia malu ke nak cakap dengan orang hebat macam kau. kalau dia smoking, kau jangan terus assume dia budak jahat. lepas tu avoid dia and bagitahu kawan kawan kau pasal tabiat dia. walaupun benda yang dia buat tu salah, it doesn't mean kau boleh kritik dan judge dia sebab kau tak layak. bertapa kaya or berkedudukannya kau, kau tak layak judge orang lain dengan tanggapan yang buruk tanpa mengenali mereka dengan lebih dekat.

4. no likelihood of having the empathy feelings.
apa kau rasa dia rasa bila kau kutuk dia depan depan sedangkan dia tak bersalah terhadap kau?
kau pernah tak buat macam tu, apa yang orang akan rasa kalau kau buat something, anything?
merasakan perasaan orang lain bila kau buat something?
pernah? aku harap selalu lah buat macam tu, lagi lagi pada orang yang kau sayang.
bagi kau mungkin benda kecil, tapi kalau kau tahu dia jenis macam mana, kau mesti tahu apa dia akan rasa kalau kau kritik dia. mungkin setiap benda kau cakap penting bagi dia.
nak kritik, kritik elok elok. kritik yang membina. puji dulu, baru tegur. sedar apa yang kau cakapkan, bukan menyeloroh tak guna otak. Allah bagi otak dan akal untuk berfikir.

ah, aku tak boleh nak process fikiran aku, ni semua gara-gara message yang baru diterima.
harap Allah beri semangat dan ketabahan dalam jiwa kita semua, sabarlah dengan dugaan oii.

hugs and kisses.

Thursday 26 January 2012

aku masih single. oh why?

single lagi. kawan kawan semua dah ada boyfriend, dah pergi dating sana sini, dah ada pasangan yang boleh bermanja mengada, gaduh, ber-ego, semua jenis ada. tinggal aku sorang, sedih rasa kadang-kadang, weekend je mesti kawan kawan overnight dengan geng boyfriends, pergi movie la mana mana pergi. aku tinggal la dekat hostel makan mee segera yang rasa serbuk kayu tu. nak shovel ice cream dengan biskut, benda tak ada. movies semua dah tengok, ada sampai 4-5 kali ulang tayang. cerita Korea semua dah layan  sampai hafal dialogues. sampai macam tu sekali lonely. bukan aku tak cantik, honestly bila adik aku cakap aku cantik (muka serious dia tu convinced kan aku) aku rasa aku not bad. boleh la nak dibandingkan dengan nenek jiran sebelah rumah, memang aku cantik. nak kata aku tak reti bersosial, well aku ada je kawan kawan lelaki. ramai la jugak, and dorang ok je dengan aku. perangai aku bosan la jugak, budak kampung, serba serbi asal kampung. so kau pandai pandai lah describe aku ni. baca novel cinta, berangan, pergi mana mana sarung baju kurung, tak baju kurung sarung abaya, senang. tudung dulu aku selepang je, nak berfesyen malas. nak tunjuk dekat ayam? kampung kampung pun aku reti la pakai shawl terbelit belit tu. susah jugak, sekali kawan adik (boleh pulak kawan adik aku nii) nak ajar aku pakai shawl, aku pun set je.
sekali ok pulak pakai shawl, tak de lah selesa mana. tapi kira nampak elok untuk dunia luar aku rasa baik aku pakai shawl belit belit, kan. aku rasa aku ni ok la jugak untuk dijadikan bakal isteri, cuma masak je kena improve, lain aku rasa dah ok. tapi biasa lah, langit kadang gelap, mendung je. kawan kawan aku yang bandar bandar ni ramai je yang nak. hot stuff kawan kawan aku ni, pakai contact lens warna hijau, shawl warna warni, skirt labuh dengan baju comel, kulit putih gebu, muka comel. bawak sat mana lelaki tak mau depa ni? tapi gelap gelap aku ni, kulit aku bersih apa. kurap tak ada. mata warna hitam ok apa, kan.
pakai warna dua tone yang menutup aurat macam dorang pun aku rasa not bad, at least ada la jugak warna.
kulit aku tak la gebu, kan aku cakap bersih tu dah cukup baik. dan aku masih single.

aku rasa frust pun ada, sedih pun ada, lawak pun ada, hot stuff semua laku sebab cantiknya mereka. tapi dorang tak tau ke yang cantik ni sekejap? sungguh aku tak jealous (tadi tu cakap sekadar nak bagi impact bertapa plain nya aku) dengan kawan kawan aku. rezeki dorang untuk orang tertarik dengan mereka, tapi dalam rezeki tu lagi banyak dugaan, kan? perempuan cantik diduga dengan ramai lelaki yang suka tanam tebu dekat keliling bibir. dugaan gila, dan bila tulis pasal benda ni, aku rasa bersyukur Allah tak uji aku sebegitu. (cuma kadang kadang aku terperasan cantik, dugaan juga kah?) tapi mestilah aku diuji dengan benda lain. studies yang tough, masa untuk keluarga tak cukup, cinta yang tak berbalas, duit cepat kering lagi. just that aku fikir, mesti ada orang lagi berat ujian dia banding dengan aku, terus rasa bersyukur dengan Allah. alhamdulillah.

apa tadi aku melalut? entah aku pun dah lupa nak cakap apa lagi, akhir kata sesiapa yang single tu yang rasa tak cantik la flabbly ke apa ke, kau fikir yang Allah tengah simpan kau untuk jumpa dengan seseorang yang layak untuk kau. yang memang dilahirkan untuk memenuhi perintahNya dan jadi sebahagian daripada jiwa kau. bersabar lah,

hugs and kisses.

Wednesday 25 January 2012

stalking zaman sekarang

kau ternampak sorang hot guy yang smart pemakaiannya, galas beg dan berlalu depan kau. "perfume wangi, masculine sungguh", kau senyum kambing, terasa macam sparks fly gitu.
muka dah la macam Tom Kurus, hebat gaya dia. takkan tak ada orang lain tengok dia macam kau tengok kan. teringin pulak nak cakap dengan dia, "hello I Senah, and you are?" sambil senyum paling comel kau boleh buat. tapi kau yang tersipu sipu malu ni memang la malu nak tegur, kan. so apa kau buat, kau mula tanya kawan kawan kau yang duduk bersama kau menghilangkan dahaga selepas kelas. "oh, dia tu budak Engine, Isnin bin Jumaat. single lagi kot, entah kau check la sendiri" kata temanmu, yang nampak sangat tak hingin kenal si Isnin tu. kau pun senyum kambing sambil capai Ipad (yelah, dalam cerita ni kau orang aristocrat) dan bermula lah mengendap Isnin dengan Internet. mula mula cari dalam Facebook.
adoi, apasal la nak private sangat. suruh kawan lain add sebagai friend ataupun kau sendiri add dia. belum approve lagi dah check mutual friends, kawan kawan perempuan yang jadi ancaman, benda yang dia display dalam tu. semua kau hafal, nanti kalau ada conversation senang lah kau kan nak bagi dia suka kau. boleh la kau cakap kau pun minat kayak. Facebook dah off, kau minta tolong Mr.Google pulak dah. twitter lah, blogspot lah semua pasal dia kau nak tahu. mana tahu ada perempuan lain blog pasal dia ni ke, nahas lah mereka. tengah syok cari, kau terlupa nak balik asrama untuk solat Zohor, mula la nak berlari lari anak balik bilik. kelas petang kau sampai lambat, tak ke malu sebab nak stalk punya pasal. then kau ternampak dia lagi, kau rasa macam berdebar pulak, macam mana la nak study and focus. nama pun baru jadi first year student. geleng kepala kuat kuat, cuba untuk lupakan muka Isnin yang comel tu. "mak ai, lelaki ni comel gila!" kau senyum kambing lagi. balik kelas satu apa tak ingat, tulis pun ukir nama Isnin dengan Senah, masalah betul.

ahh apa aku cuba buat ni, aku sebenarnya nak cakap stalking tu mudah lagi lagi semua orang ada semua account yang popular, aku pun stalk jugak, tapi tak lah sampai kes Senah ni.
*lagi teruk ada lah, hahaha. okay, aku tipu (somehow it doesn't convince you) ah, apa apa je lah. hari ni mood aku untuk lelaki yang aku suka adalah celaka. aku nak maki hamun tapi tiba tiba Senah berada dalam fikiran. Senah ni pun pandai, tahu je aku nak maki.

perut, kau sekarang suka meragam kan.

hugs and kisses.

aku malas.

nak blog dekat tempat yang sepatutnya. actually sini pun tempat berceloteh, tapi yang official nya tu ada je.
semua yang baca semua kenal, mana tak rasa tebal muka tulis benda merepek.
then tulis lah benda tak merepek
senang kau cakap, jah. aku suka url blog tu, url nama aku.
then you asked for it
betul tu jah. sebab tu lah bila aku rasa macam perasaan celaka ke apa ke, aku boleh tukar personaliti and jadi lantang sikit. ini nak jaga hati orang lain, semua orang aku nak jaga, and orang lain end up sakitkan hati aku,
buat apa kan?
then kau sembur je lah lantang dekat blog tu
macam aku cakap tadi, kau cakap senang la jah. bukan kau hidup kehidupan aku ni. kau mesti fikir aku hipokrit. tapi tak apa lah, aku memang hipokrit pun. aku bising bising complen complen aku sayang jugak mereka yang mengetahui kewujudan blog aku tu. aku complen pun bila dah tak tahan nak jaga hati dorang, kemain dorang buli aku, sorok sorok fakta. sedih tahu. tapi tak apa, sabar tu membawa kepada ganjaran yang lebih besar, kan jah kan?
kau ni peah, kejap bising kemain, kejap motivasi, pelik aku. eh kau ni, macam tak kenal aku je. oh lupa, kau baru kenal. hello jah, aku ni peah si kucing. aku ni pelik pelik sikit. so kau cuba la cope dengan perangai aku ya, jah.

aku rindu kau tapi perasaan aku bercelaru lepas tengok cerita Mann,
sorry lah buddy.

hugs and kisses.

Thursday 19 January 2012

macam mana nak move on bila tak boleh move on.

jeng jengg, ayat nak hebat.
but this is the truth, bila kau break dengan someone yang kau still sayang due to some conditions (he cheated, family disapproval, he changed) kau mesti tak boleh nak move on, move on ni macam lupakan dia, and continue your life without him in it, without him in your mind for 24/7. kau dah boleh hidup tanpa dia.

perempuan ni susah sikit, keras mana pun hati kalau sedih memang sedih. sebab perempuan if they fall for a guy, they will fall hard. so first sekali admit dengan diri sendiri, kau memang sayang dia but you have to move on. you have to learn to let go. you have to know that this is the process untuk move on and benda ni tak senang. tapi tak susah mana, ok? kau mungkin cakap "cakap senang la, aku yang rasa, nak buat susah"
well, aku sekadar bagi different perspective, nasihat kadang-kadang boleh pakai tahu. just keep your positivity and courage consistently, boleh kan? you are super human, of course kau boleh.

1. do what your heart ask you to do.
tapi ingat, use your brain to think get an approval.
if you want to cry, go ahead. nak jalan kaki 10 batu, bring water bottle. nak buat bungee jumping, buat.
kalau kau rasa lepas kau buat ni hati lebih rasa lega, then buat.
and buat benda yang mendatangkan kelegaan, bukan pergi jumping off a building, itu tak pakai otak, tahu?
sesetengah orang simpan, pendam lama-lama, and thought it's going to be okay if I just let it in.
lagi kau pendam lagi susah nak move on lagi makan hati. menangis bukan sebab kau kalah, menangis sebab kau nak keluarkan rasa frust, rasa kecewa, rasa "the hell dia berubah" and all that. keluarkan benda yang negative dari badan, bukan sebab kau kalah. and this is not a race, so heal yourself.

2. sleep when staying up will do more damage.
kau baru break, kau baru fight dengan ex kau pasal masalah lama korang. kau rasa rimas, rasa sedih, rasa nak pukul orang, semua benda kau nak patahkan.
bila kau rasa down, dunia ni kejam, baik tidur.
basuh muka, pergi tidur. set alarm for the next couple of hours. because when you wake up, it's either kau rasa lagi lega or you will get a different perspective untuk masalah tu.
cuba kau bandingkan situation, first kau tak tidur: kau lagi tak boleh focus on anything, kau torture diri sendiri dengan perasaan yang celaka and ended up terseksa untuk jangka masa yang lama.
second situation: kau tidur untuk 2 jam and kau bangun, dapat tenaga walaupun kau sedih, kau rehatkan badan yang dalam stress. mana lagi better?

3. aware of this situation.
jangan lari dari masalah. kau kuat, and you will face this off because you will learn something from this.
senang untuk aku cakap, but at least aku bagi mindset yang lain untuk difikirkan, betul?
kau kena sedar yang benda ni tak akan pergi mana-mana kalau kau tak cuba sendiri. and it depends on how serious your relationship was and how you ended up the relationship. kau dah bersama dengan dia untuk tiga tahun, masing-masing kenal family each other, but korang break for some reasons. kau kena tahu nak hidup tanpa dia mungkin susah, but you will get through this. it is matter of time sebab time heals wounds.
banyakkan bersabar and doa dengan Tuhan so that kau tabah dan sabar. Allah suka orang yang berdoa.

4. get busy.
sibukkan diri dengan anything yang tak ada kena mengena dengan ex kau. nak sambung study, do it. nak masuk kelas French, pergi. nak buat apa sekali pun make sure it's within the boundaries of your religion. jangan la sebab ex kau orang beragama kau clubbing sebab it's opposite of him. c'mon, you can do better than that. clubbing ni bukan buat kau busy, buat tambah dosa.
kalau kau ada family, luangkan masa emas kau. after all, keluarga tu paling penting.

5. keep his stuff.
kalau dia ada bagi bantal peluk dia ke, cincin ke, teddy bear or what so ever yang dia bagi tu, kau letak dekat tempat yang kau selalu nampak. certain orang akan suruh kau simpan barang dia, suruh buang and all sort of things. mungkin at first kau akan rasa semua perasaan yang celaka. macam aku cakap, moving on is harder bila kau tak face the problem. one day kau akan tengok barang yang sama, kau akan rasa biasa. but bukan perasaan yang celaka lagi, this time kau rasa neutral. masa tu baru kau simpan barang tu dalam kotak.  tapi kalau kau rasa simpan or buang tu lebih baik, then do it.
timing tu kadang-kadang boleh jadi 3 bulan, 6 bulan, setahun, dua tahun.
depends how was the relationship and how deep was it.

6. don't be afraid to get involve in new relationship.
mungkin kau dah couple dua tiga kali, serious relationship but shit happened.
maybe this time lelaki ni jodoh kau. just that jangan put on the phrase "lelaki semua sama"
sebab dorang tak. yes, maybe kebanyakkannya macam celaka and tak setia all that, but bukan semua.
remind yourself yang Allah ciptakan kau pasangan and you have to get to know so that kau jumpa jodoh kau. and don't forget learn from your previous relationship. kenapa relationship tu tak kekal, and improve your new ones. you know what to do.

7. love yourself.
ramai orang tanya, macam mana nak love diri sendiri.
well, dengan jauh kan diri dengan orang yang negative, dekat kan diri dengan Allah, spiritually alert, and kadang-kadang bila kau dah break and having a lot of pain, and bila kau dalam new relationship, kau akan love yourself more. trust me, kau akan sedar banyak perkara and won't let the same thing happened to you twice. dari situ kau akan sayang diri sendiri, from your bitter-past experiences.

ingat, kau tu special.
you are one in this life time.
jangan lupa, you deserve to be well treated.
you deserve to be love.

hugs and kisses.